RUMUSAN

Thursday, November 18, 2010

RUMUSAN

            Setiap aktiviti yang telah ditunjukkan adalah sebagai panduan kepada guru-guru dan juga murid-murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran topik isipadu cecair bagi murid-murid tahun dua. Sebenarnya kreativiti dan ketekunan guru-guru adalah perkara penting bagi membantu mengatasi masalah kesilapan tentang pemahaman konsep apabila membuat perbandingan berkaitan dengan topik ini. Adalah diharapkan kepada semua guru dapat mengaplikasikan segala benda yang wujud di persekitaran sebagai alat bantu mengajar kerana kadang kala murid-murid belajar melalui persekitaran mereka.    

0 comments: