AKTIVITI PENGAJARAN ISIPADU CECAIR UNTUK MURID-MURID CERDAS

Thursday, November 18, 2010


AKTIVITI PENGAJARAN ISIPADU CECAIR UNTUK MURID-MURID CERDAS

a)      Menggunakan ukuran yang tidak piawai ( tidak standard)

Hasil Pembelajaran :
            Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak piawai ( tidak standard).

Bahan-bahan :
1.      Cawan buluh
2.      Cawan Kertas
3.      Botol air mineral
4.     Tiga baldi kecil
5.      Air

Langkah-langkah :
1.   Guru menerangkan kepada murid-murid mengenai sukatan isipadu cecair dengan menggunakan ukuran tidak piawai.
2.    Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan dan di agihkan kepada tiga stesen yang berlainan. Setiap stesen memerlukan murid-murid melakukan aktiviti yang berbeza-beza.
3.      Setiap kumpulan disediakan satu borang untuk dilengkapkan. Contoh borang :

Bil
Bahan-bahan yang digunakan
Bilangan
1
Cawan buluh


2
Cawan kertas


3
Botol air mineral





4.    Stesen 1 memerlukan murid untuk menyukat air menggunakan cawan buluh yang disediakan. Berapa kali yang diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil dengan air yang disediakan. 



5.    Stesen 2 memerlukan murid untuk menyukat air menggunakan cawan kertas yang disediakan. Berapa kali yang diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil dengan air yang disediakan.


 
6.     Stesen 3 memerlukan murid untuk menyukat air menggunakan botol air mineral yang disediakan. Berapa kali yang diperlukan untuk memenuhkan baldi kecil dengan air yang disediakan.


7.      Murid-murid akan berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain sambil mencatat bilangan setiap sukatan yang telah dibuat tadi.
8.      Setelah semua aktiviti dilakukan, setiap kumpulan perlu melantik seorang wakil untuk membentangkan hasil dapatan setiap aktiviti mereka.
9.      Guru akan membincangkan setiap hasil dapatan bersama-sama dengan murid-murid
10.  Guru merumuskan bahawa setiap bekas yang berlainan saiz dan bentuk akan memberikan jawapan yang berlainan bagi setiap sukatan isipadu yang di sukat. Bagi setiap kumpulan jawapan yang diperolehi mungkin sama tetapi ini tidak membuktikan secara tepat isipadu sebenar cecair yang disukat.


b)      Menggunakan ukuran piawai ( standard )

Hasil Pembelajaran :
            Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai (standard).

Bahan-bahan :
1.      Silinder penyukat
2.      Bikar
3.      Balang
4.      Air

Langkah-langkah :
1.      Guru menunjukkan 4 balang berisi sejumlah air (balang A, B, C dan D). Guru telah menyediakan sukatan cecair tersebut terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan isipadunya hanya melibatkan unit liter. 


2.      Guru kemudiannya membahagikan murid-murid kepada empat kumpulan.
3.      Setiap kumpulan tersebut diberikan bikar dan silinder penyukat.


 
4.      Setiap kumpulan diberikan satu balang berisi air yang kandungannya berbeza antara setiap balang.
5.      Murid-murid diminta menyukat cecair tersebut menggunakan alatan yang telah disediakan dalam setiap kumpulan. Hasil dapatan dicatatkan dalam kertas yang disediakan. 

Bil
Balang
Bikar 
Silinder penyukat
1
Balang A


2
Balang B


3
Balang C


4
Balang D



6.      Setelah selesai, murid-murid diminta untuk menukar balang dengan kumpulan lain dan seterusnya mengulangi aktiviti menyukat dan mencatat hasil dapatan dalam kertas yang telah disediakan. Begitulah seterusnya sehingga keempat-empat balang tersebut selesai di sukat.
7.  Guru meminta salah seorang daripada ahli setiap kumpulan untuk menyatakan apa kaitannya alatan yang digunakan untuk menyukat cecair iaitu bikar dan silinder penyukat.
8.     Murid-murid akan menjawab bahawa walaupun berbeza bekas yang digunakan iaitu bikar ataupun silinder penyukat, jawapan yang diperolehi adalah sama.
9.     Setelah menyemak semua jawapan bersama-sama dengan murid-murid, kumpulan yang menyukat dan mendapat banyak jawapan yang betul akan dikira sebagai pemenang.
10.  Akhirnya guru merumuskan bahawa walau apapun alatan yang digunakan untuk menyukat sesuatu cecair bagi menentukan isipadu, sekiranya alatan tersebut menggunakan ukuran piawai, maka jawapan yang diperolehi akan sama tidak kira bentuk dan saiz serta di negara mana sekalipun ianya disukat.



0 comments: