PENGENALAN

Thursday, November 18, 2010

PENGENALAN

            Tajuk Isipadu cecair yang diajar untuk murid-murid tahun dua merupakan pengenalan sahaja kepada tajuk Isipadu cecair yang lebih terperinci. Perkara-perkara yang diajar hanyalah perkara asas dalam memperkenalkan sesuatu yang berkaitan dengan cara-cara menyukat cecair. Tetapi terdapat satu masalah yang sering berlaku kepada murid-murid ini iaitu masalah kesilapan dalam memahami konsep apabila membuat perbandingan isipadu cecair yang melibatkan bekas yang berbeza. Pada kebiasaannya murid-murid akan menyatakan bekas yang tinggi mengandungi lebih banyak isipadunya berbanding dengan bekas yang lebih lebar atau luas permukaannya. Perkara sebegini yang biasanya berlaku dikalangan murid-murid kita. Jadi perkara sebegini perlu dielakkan.

            Tayangan video yang dipaparkan menunjukkan bahawa bagaimana sesuatu isipadu cecair disukat. Pemilihan video ini adalah berdasarkan langkah-langkah yang ditunjukkan.


ALAT BANTU MENGAJAR YANG SESUAI UNTUK MENGAJAR TAJUK ISIPADU CECAIR BAGI MURID-MURID TAHUN DUA.


ALAT  BANTU MENGAJAR YANG SESUAI UNTUK MENGAJAR TAJUK ISIPADU CECAIR BAGI MURID-MURID TAHUN DUA.

            Pemilihan alat bantu mengajar yang sesuai perlu dilakukan agar ianya dapat membantu guru bagi menerangkan konsep isipadu cecair kepada murid-murid sekolah terutamanya dalam memperkenalkan konsep penuh, separuh penuh, kosong, lebih dan juga kurang.
            Alat atau bahan yang ingin ditunjukkan kepada murid-murid perlulah konkrit, jelas dan sesuai dengan murid-murid berdasarkan kepada pengalaman mereka dalam kehidupan seharian.

a)      Alat Bantu Mengajar yang mempunyai unit ukuran tidak piawai ( tidak standard).

Peralatan yang digunakan adalah daripada bahan-bahan yang ada dipersekitaran dan juga bahan-bahan terbuang. Salah satu sebab penggunaan alatan yang ada di persekitaran murid ialah kerana murid-murid di sekolah ini lebih terdedah dengan alam semulajadi kerana sekolah ini terletak di pedalaman sebuah kawasan di Pahang, jadi sesuailah jika guru mengaplikasikan bahan-bahan tersebut sebagai alat bantu mengajar. Bahan-bahan yang akan digunakan ini adalah sangat menjimatkan kerana tidak perlu dibeli. Sebagai contoh ialah seperti :


Penggunaan buluh yang mudah didapati di kawasan hutan berhampiran kediaman murid-murid

 
Cawan kertas minuman yang terbuang

                                                        Botol air mineral


a)     b)    Alat Bantu Mengajar yang mempunyai unit ukuran piawai (standard).

Alat Bantu Mengajar yang digunakan adalah daripada bahan-bahan yang terdapat dalam Makmal Sains sekolah. Penggunaan alat ini adalah untuk mendapatkan sukatan yang tepat berkaitan isipadu cecair. Melalui penggunaan alatan ini maka murid-murid akan lebih mengetahui konsep sebenar berkaitan dengan isipadu cecair. Pada peringkat seterusnya tidak kira dalam mata pelajaran sains atau pun matematik, murid-murid akan biasa menggunakan alatan seperti yang ditunjukkan untuk menyukat sesuatu yang sesuai. Alatan yang digunakan adalah seperti : 

   Kelalang kon


                                                                Bikar

                                                  Silinder penyukat

LANGKAH-LANGKAH MENGUKUR ATAU MENYUKAT ISIPADU CECAIR


LANGKAH-LANGKAH MENGUKUR ATAU MENYUKAT ISIPADU CECAIR

a)      a)   Menggunakan ukuran tidak piawai ( tidak standard ).
Apabila ingin menyukat isipadu cecair dengan menggunakan sesuatu bekas yang mempunyai ukuran yang tidak standard maka sudah semestinya hasil yang kita perolehi tidak tepat tetapi boleh digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu isipadu tersebut banyak ataupun sedikit dengan menggunakan beberapa cara antaranya ialah apabila kita ingin membandingkan sesuatu isipadu cecair dalam dua buah bekas yang berbeza bentuk dan saiznya maka kita boleh menuangkan isipadu cecair daripada kedua-dua bekas tersebut ke dalam satu bekas yang sama saiz dan bentuknya. Maka dari itu kita akan mendapat jawapan kepada persoalan kita tadi, yang mana banyak dan yang mana sedikit.

b)      b)   Menggunakan ukuran piawai ( standard ).
Pada kebiasaannya, perkara ini tidak menjadi masalah untuk mendapatkan jawapan yang tepat kerana semasa ingin menyukat sesuatu isipadu cecair kita memang menggunakan bekas atau bikar yang mempunyai unit tertentu seperti liter ( l ) dan milliliter ( ml ). Bagi murid-murid tahun dua, pembelajaran mereka hanyalah berfokuskan kepada unit liter sahaja. Sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mengajarkan kepada setiap murid mereka bagaimana untuk membaca ukuran pada setiap bekas atau bikar yang mempunyai unit tertentu dengan betul, sebagai contoh bagaimana kedudukan mata semasa membaca ukuran pada bekas tersebut.

AKTIVITI PENGAJARAN ISIPADU CECAIR UNTUK MURID-MURID LEMAH

AKTIVITI PENGAJARAN ISIPADU CECAIR UNTUK MURID-MURID LEMAH

a)      Menggunakan ukuran yang tidak piawai ( tidak standard)

Hasil Pembelajaran :
            Membandingkan isipadu dua cecair dengan perbandingan secara terus.

Bahan-bahan :
1.      Balang berisi air.
2.      Kad perkataan
3.      Kad manila set soalan

Langkah-langkah :

1.      Guru memaparkan balang yang berisi air di hadapan kelas.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkaitan dengan gambar yang dipaparkan. Balang yang mana mempunyai air yang kurang atau banyak.




3.  Setelah murid-murid menjawab, guru kemudiannya menunjukkan kad perkataan   ‘LEBIH’ dan ‘KURANG’ kepada murid-murid dan menyatakan maksud setiap  perkataan tersebut.


4.  Setelah diperkenalkan dengan perkataan ‘LEBIH’ dan ‘KURANG’ guru meminta murid-murid melekatkan kad tersebut di Kad Manila Set Soalan yang disediakan oleh guru.

Contoh soalan di Kad Manila Set Soalan :


5. Guru mengulangi aktiviti mengisi perkataan ‘LEBIH’ dan ‘KURANG’ di Kad Manila Set Soalan sehingga murid-murid benar-benar telah menguasai konsep lebih dan kurang antara dua isipadu sesuatu cecair.
6.    Guru memilih secara rawak seorang murid untuk menyatakan apa yang telah dipelajari pada hari ini.



b)      Menggunakan ukuran piawai ( standard )

Hasil Pembelajaran :
            Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai.

Bahan-bahan :
1.      Bikar
2.      Kad nombor

Langkah-langkah :
1.     Guru memberi penerangan kepada murid-murid tentang cara-cara untuk membaca bacaan yang terdapat pada bikar terutamanya bagi unit liter ( l ). 
                        2.   Guru menunjukkan 8  buah bikar yang telah berisi dengan cecair.


3.    Guru meminta murid secara sukarela untuk membaca ukuran cecair pada bikar berkenaan.
4.    Murid keluar secara sukarela dan membaca bacaan pada bikar seterusnya melekatkan kad nombor pada bikar yang betul. Sebagai contoh, bagi bikar yang menunjukkan bacaan 4 liter maka murid-murid perlu meletakkan kad nombor 4 liter pada bikar berkenaan.




5.      Murid-murid mengulangi aktiviti tersebut sehingga kesemua 8 bikar telah di labelkan dengan sukatan dan bacaan yang betul. 
6.     Guru menjelaskan dan merumuskan apa yang telah dipelajari pada hari ini iaitu cara-cara untuk membaca sukatan cecair dengan menggunakan ukuran piawai yang melibatkan unit liter.